Adakah anda bersetuju dengan tajuk artikel ini?Mengapa saya berkata demikian.
ini adalah terbukti dengan kejayaan tokoh-tokoh berikut:
Banyak lagi jika saya mahu senaraikan semua. Untuk menjadikan idea sebagai realiti adalah anda perlu bawa buku nota kecil bersama apabila anda kemana-mana. Jika telintas idea tuliskan sahaja. Anda tidak perlu fikir pada masa itu idea anda gila atau mengarut. Review idea anda di masa lapang atau bincangkan bersama rakan atau orang yang anda percaya.
Salam kejayaan!
Lakukan perubahan!ya memang mudah untuk hanya berkata sedemikian, tahukah anda terdapat teknik atau cara bagaimana untuk melakukan perubahan.
1. Tetapkan matlamat atau goal setting untuk apa anda berubah?
2. Dimana anda berada sekarang? untuk melakukan perubahan diri, anda perlu tahu dimanakah anda sekarang. Anda perlu senaraikan kelebihan dan kelemahan diri anda. setelah mengenalpasti kelemahan diri, barulah anda boleh perbaiki.
3.Tinggalkan tabiat buruk yang menjadi kelemahan diri anda. cth suka berbelanja boros.
4. Lakukan rutin baru anda yang mendorong kepada perubahan yang anda kehendaki. contohnya sentiasa merekod perbelanjaan supaya dapat mengenalpasti sesuatu transaksi itu keperluan atau kehendak.
5. Tetapkan pendirian anda, lakukannya selama 21 hari insyaallah ianya akan menjadi habit anda yang baru.
Selamat melakukan perubahan, semoga apa yang anda idamkan akan menjadi kenyataan, insyaallah.
Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:
…Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya….
Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat.
Posted by (4) Comment
Bekerja lebih daripada apa yang diperlukan.
Sikap dan cara bekerja yang sentiasa bekerja melebihi apa yang diperlukan.Contohnya bos anda menyuruh anda memberikan 5 cadangan bagaimana meningkatkan jualan syarikat. Rakan anda yang pertama hanya dapat memberikan 3 cadangan, hasilnya dia dimarahi bos. Rakan anda yang kedua memberikan 5 cadangan. Hasilnya dia telah memenuhi target. oleh kerana anda mempunyai sikap seorang jutawan maka anda telah memberikan 10 cadangan kepada bos anda(bodek bos la tu). Sudah tentu bos anda akan tersangat-sangat gembira. Silap haribulan dapat naik pangkat lagi. Secara rasionalnya setiap pekerja adalah merupakan pelaburan, jika pelaburan tidak dapat memenuhi prestasi yang harapkan sudah tentu lebih baik tak payah melabur. Nanti jadi melebur huhu. Walaupun apa kerja yang anda lakukan tetapkan minda “Saya perlu bekerja lebih daripada apa yang diperlukan”.
Proaktif
Sikap tunggu dan lihat adalah lawan kepada sifat Proaktif. Jika seseorang yang ingin berjaya perlu ada dalam diri sikap proaktif bukannya hanya menunggu dan lihat sahaja. Terdapat kisah dimana seorang pemuda di britain mengalami masalah penerbangan ditunda. Apakah yang anda akan lakukan jika pernerbangan anda ditunda?kebanyakan orang pasti akan menunggu pernerbangan yang berikutnya, ataupun melakukan aktiviti lain untuk mengisi masa. Tetapi berlainan pula dengan apa yang pemuda ini lakukan. Dia telah menyewa kapal terbang daripada syarikat lain dan kemudian meminjam whiteboard dan mempromosikan tiket ke destinasi yang ditunda itu. Sekejap sahaja tiketnya laris seperti goreng pisang panas. Semenjak itu bermula syarikat tambang murah pertama dunia iaitu virgin airways.
Bertanggungjawab
Penyabar
Sikap penyabar juga ada kaitan dengan cara berbelanja. contohnya pemuda A dan Pemuda B baru menamatkan pengajian. Setelah mendapat pekerjaan bergaji 2300sebulan, kedua-dua pemuda mengidamkan sebuah kereta. Setelah beberapa bulan bekerja pemuda A telah membeli sebuah kereta baru Myvi Se berharga 46ribu secara ansuran, manakala pemuda B membeli sebuah kereta kancil berharga 6ribu secara tunai. Pemuda A sering membelanjakan gaji menambah aksesori keretanya mana kala pemuda B sentiasa menyimpan RM 1000 gajinya ke ASB. Setelah 10 tahun syarikat mengalami kerugian dan kedua-dua pemuda ini telah diberhentikan. Cuba anda perhatikan berapakah jumlah simpanan pemuda A dan B ini. Pemuda A tidak menyimpan wang kerana sentiasa boros berbelanja. manakala pemuda B kini telah mempunyai nilai 160 000 simpanan di ASB termasuk dividen.
Cuba anda renungkan adakah anda merupakan tergolong dalam kategori pemuda A atau B?Pemuda A tidak sabar sentiasa inginkan kepuasan. Manakala pemuda B seorang yang sabar dan sentiasa berjumat cermat untuk masa hadapan. Dengan bermodalkan 160K pemuda B boleh memulakan perniagaan atau melabur dalam bidang hartanah dan menjana pasif income. Manakala pemuda A kini sibuk mencari pekerjaan lain. Lu pikir la sendiri
Buat apa yang disukai
Ramai sering tertanya-tanya perniagaan apa yang bersesuaan jika ingin memulakan perniagaan?jawapannya buat apa yang anda suka. Jika anda sukakan ikan anda boleh bisnes menjual ikan atau menternak ikan, anda sukakan pokok dan tumbuh-tumbuhan mungkin anda berniaga berkaitan tumbuh-tumbuhan. Anda sukakan grafik anda boleh memulakan perniagaan rekabentuk grafik. Anda sukakan bola?buka pusat futsal ditempat anda. Apa yang perlu anda lakukan adalah buat perkara yang anda suka.
Jujur
Kejujuran adalah sikap yang amat penting, jika kekayaan yang perolehi dari bukan jalan yang baik sudah pasti kekayaan itu tidak akan kekal lama, ada saja masalah yang akan timbul, ini adalah kerana tiada keberkatan dan keredhaan Allah.
Tetap pendirian
Sentiasa fokus dan tetap pendirian contohnya Seorang pemuda cina ingin membangunkan pusat peranginan ditenggah-tengah hutan belantara satu masa dulu dianggap gila. Tetapi berlainan pula sekarang kini pemuda itu merupakan Jutawan terkaya diMalaysia yangmerupakan pengasas pusat peranginan tanah tinggi Genting. Tahukah anda pemuda itu ialah Lim Goh Tong. Jika Lim Goh Tong mendengar cakap-cakap rakannya supaya menghentikan niatnya sudah pasti dia tidak akan berjaya. Jadi tetapkan pendirian anda!pedulikan cakap-cakap negatif yang mahu melemahkan anda!
Dapat mengubah kegagalan menjadi satu kejayaan
Tahukah anda pengasas lampu elektrik, thomas edison telah melakukan percubaan 1000 kali untuk mendapatkan hasil seperti lampu yang anda nampak sekarang. Edison melihat setiap kegagalan dalam percubaan bukannya menghentikan apa yang beliau lakukan malahan lebih mendorong beliau untuk terus berusaha, kerana merasa semakin hampir dengan kejayaan. Kegagalan adalah tangga menemui kejayaan. Ini bermaksud anda pasti akan merasa kegagalan dahulu sebelum menemui kejayaan.