Posted by
Bekerja lebih daripada apa yang diperlukan.
Sikap dan cara bekerja yang sentiasa bekerja melebihi apa yang diperlukan.Contohnya bos anda menyuruh anda memberikan 5 cadangan bagaimana meningkatkan jualan syarikat. Rakan anda yang pertama hanya dapat memberikan 3 cadangan, hasilnya dia dimarahi bos. Rakan anda yang kedua memberikan 5 cadangan. Hasilnya dia telah memenuhi target. oleh kerana anda mempunyai sikap seorang jutawan maka anda telah memberikan 10 cadangan kepada bos anda(bodek bos la tu). Sudah tentu bos anda akan tersangat-sangat gembira. Silap haribulan dapat naik pangkat lagi. Secara rasionalnya setiap pekerja adalah merupakan pelaburan, jika pelaburan tidak dapat memenuhi prestasi yang harapkan sudah tentu lebih baik tak payah melabur. Nanti jadi melebur huhu. Walaupun apa kerja yang anda lakukan tetapkan minda “Saya perlu bekerja lebih daripada apa yang diperlukan”.
Proaktif
Sikap tunggu dan lihat adalah lawan kepada sifat Proaktif. Jika seseorang yang ingin berjaya perlu ada dalam diri sikap proaktif bukannya hanya menunggu dan lihat sahaja. Terdapat kisah dimana seorang pemuda di britain mengalami masalah penerbangan ditunda. Apakah yang anda akan lakukan jika pernerbangan anda ditunda?kebanyakan orang pasti akan menunggu pernerbangan yang berikutnya, ataupun melakukan aktiviti lain untuk mengisi masa. Tetapi berlainan pula dengan apa yang pemuda ini lakukan. Dia telah menyewa kapal terbang daripada syarikat lain dan kemudian meminjam whiteboard dan mempromosikan tiket ke destinasi yang ditunda itu. Sekejap sahaja tiketnya laris seperti goreng pisang panas. Semenjak itu bermula syarikat tambang murah pertama dunia iaitu virgin airways.
Bertanggungjawab
Penyabar
Sikap penyabar juga ada kaitan dengan cara berbelanja. contohnya pemuda A dan Pemuda B baru menamatkan pengajian. Setelah mendapat pekerjaan bergaji 2300sebulan, kedua-dua pemuda mengidamkan sebuah kereta. Setelah beberapa bulan bekerja pemuda A telah membeli sebuah kereta baru Myvi Se berharga 46ribu secara ansuran, manakala pemuda B membeli sebuah kereta kancil berharga 6ribu secara tunai. Pemuda A sering membelanjakan gaji menambah aksesori keretanya mana kala pemuda B sentiasa menyimpan RM 1000 gajinya ke ASB. Setelah 10 tahun syarikat mengalami kerugian dan kedua-dua pemuda ini telah diberhentikan. Cuba anda perhatikan berapakah jumlah simpanan pemuda A dan B ini. Pemuda A tidak menyimpan wang kerana sentiasa boros berbelanja. manakala pemuda B kini telah mempunyai nilai 160 000 simpanan di ASB termasuk dividen.
Cuba anda renungkan adakah anda merupakan tergolong dalam kategori pemuda A atau B?Pemuda A tidak sabar sentiasa inginkan kepuasan. Manakala pemuda B seorang yang sabar dan sentiasa berjumat cermat untuk masa hadapan. Dengan bermodalkan 160K pemuda B boleh memulakan perniagaan atau melabur dalam bidang hartanah dan menjana pasif income. Manakala pemuda A kini sibuk mencari pekerjaan lain. Lu pikir la sendiri
Buat apa yang disukai
Ramai sering tertanya-tanya perniagaan apa yang bersesuaan jika ingin memulakan perniagaan?jawapannya buat apa yang anda suka. Jika anda sukakan ikan anda boleh bisnes menjual ikan atau menternak ikan, anda sukakan pokok dan tumbuh-tumbuhan mungkin anda berniaga berkaitan tumbuh-tumbuhan. Anda sukakan grafik anda boleh memulakan perniagaan rekabentuk grafik. Anda sukakan bola?buka pusat futsal ditempat anda. Apa yang perlu anda lakukan adalah buat perkara yang anda suka.
Jujur
Kejujuran adalah sikap yang amat penting, jika kekayaan yang perolehi dari bukan jalan yang baik sudah pasti kekayaan itu tidak akan kekal lama, ada saja masalah yang akan timbul, ini adalah kerana tiada keberkatan dan keredhaan Allah.
Tetap pendirian
Sentiasa fokus dan tetap pendirian contohnya Seorang pemuda cina ingin membangunkan pusat peranginan ditenggah-tengah hutan belantara satu masa dulu dianggap gila. Tetapi berlainan pula sekarang kini pemuda itu merupakan Jutawan terkaya diMalaysia yangmerupakan pengasas pusat peranginan tanah tinggi Genting. Tahukah anda pemuda itu ialah Lim Goh Tong. Jika Lim Goh Tong mendengar cakap-cakap rakannya supaya menghentikan niatnya sudah pasti dia tidak akan berjaya. Jadi tetapkan pendirian anda!pedulikan cakap-cakap negatif yang mahu melemahkan anda!
Dapat mengubah kegagalan menjadi satu kejayaan
Tahukah anda pengasas lampu elektrik, thomas edison telah melakukan percubaan 1000 kali untuk mendapatkan hasil seperti lampu yang anda nampak sekarang. Edison melihat setiap kegagalan dalam percubaan bukannya menghentikan apa yang beliau lakukan malahan lebih mendorong beliau untuk terus berusaha, kerana merasa semakin hampir dengan kejayaan. Kegagalan adalah tangga menemui kejayaan. Ini bermaksud anda pasti akan merasa kegagalan dahulu sebelum menemui kejayaan.
saya pernah gagal bukan sekali tapi banyak kali , tp tidak sedikit pun saya menyesal , malah membuatkan saya lebih cekal dan matang , putus asa telah lama saya buangkan dari kamus hidup saya , terima kasih diatas info yang baik ini .
Benar tu saudara fahrulrazi kegagalan sepatutnya menjadi pendorong kepada kejayaan, sebagaimana edison yang beribu kali melakukan percubaan mencipta lampu beliau tidak berputus asa. yang penting sentiasa berfikiran positif, dalam islam pun mengajar kita “setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya”
Bagus artikel ni..
Ayat yang saya selalu pegang ialah..’no pain no gain’.. Kesenangan atau kejayaan yang anda dapat dengan mudah tidak akan berkekalan lama. Kadang kala jika kejayaan yang saya dapat dengan mudah, tidak berasa nikmatnya kejayaan tersebut malah rasa tidak dihargai sangat.
Saya seorang trader forex sepenuh masa, dalam forex tiada istilah ‘zero loss’. Di awal2 penglibatan dalam dunia forex, saya mengalami terlalu banyak kegagalan..pernah juga isteri saya memandang rendah pada minat saya dan cita-cita saya untuk menjadi seorang jutawan forex. Setiap kali gagal, saya memandangnya sebagai ilmu dan pelajaran untuk saya. Saya tidak pernah berguru dengan sesiapa..semuanya saya lalui dengan try and error..Terlalu perit..
Kini, saya berbangga kerana Forex telah menjadikan saya jutawan. Isteri saya yang dahulunya memandang rendah pada kebolehan saya dan pernah memaksa saya untuk mencari kerja tetap kini bersama-sama merasa nikmat kebebasan kewangan.
Saya sekarang bebas dari segi masa dan kewangan. Bukan senang nak senang..bukan susah juga nak susah..
‘do not expect what will happen, but get prepared to what will happen’
Benar tu nazri “no pain no gain” banyak juga pepatah melayu berkaitan dengan motivasi kejayaan, kalau tak dipecahkan ruyung mana nak dpt sagunya, berakit rakit kehulu, berenang renang ketepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.
Tahniah atas kejayaan yang anda kecapi sekarang, banyakkan berbakti dan berbuat kebajikan kepada kedua org tua, agama bangsa dan negara.